KOLUM PANITIA
 

::The English Language Panel

by Usha Rani a/p K. Ananda Sapai

The English Language Panel has 9 enthusiastic teachers who teach Remove to Form 6 classes. They are Mrs. Viyayaranni, Miss Malathi, Mrs. Shanti, Mr. Khor, Miss Wong, Mrs. Zaifina,Mrs. Shafariah, Mr. Roszaimy and Mrs. Usha.

Currently, the Panel had auditoned students for the District Level Drama Competition. It will be held on the 26th of June 2008 in SMK Convent. There will be practices scheduled for this competition soon.


That's all for now.

::CIK SALAWATI BT SAHAR

Objektif Minggu Sains dan Matematik 2008

Menjadikan mata pelajaran Sains dan Matematik lebih menarik

Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengembangkan bakat serta potensi

Meningkatkan penguasaan istilah serta perbendaharaan kata Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris

Meningkatkan motivasi pelajar-pelajar terhadap pembelajaran Sains dan Matematik

Pelbagai aktiviti yang menarik:

..Acara persembahan pelajar pada hari perasmian
..(Nyanyian, ‘Magic Science' oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3)
..Kuiz Sains dan Matematik bagi kategori menengah rendah dan menengah atas
..Jejak Sains bagi persatuan-persatuan dan kelab-kelab
..Pameran Sains

Pameran Sains telah diadakan di makmal Fizik, Kimia dan Biologi
Pada 9 – 10 April 2007

..Dikendalikan oleh Urusetia-urusetia Pameran yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan juga pembantu-pembantu makmal

..Pameran adalah dalam bentuk aktivti ‘hands-on’ , interaktif, permainan, dan juga pameran alatan bantu mengajar yang terdapat di makmal-makmal sains.

 
KEPERIBADIAN

Kekuatan dalaman membina insan yang lebih mulia.

Seringkali kita putus asa dan menyalahi orang lain apabila menemui kekalahan tetapi memiliki keperibadian bererti ada yakin dengan diri sendiri dan akan cuba sekali lagi. Apabila anda berjaya akhirnya, kekalkan sikap rendah diri dan terus memperbaiki diri

 
DISIPLIN

Kecekalan dalam mencapai cita-cita

Kadangkala kita perlu melakukan perkara-perkara yang tidak kita gemari, seperti bagun awal dan mengorbankan masa tidur. Tetapi ianya tentu memberikan kepuasan apabila kita berjaya dengan cemerlang.

SEMANGAT BERPASUKAN

Berganding bahu demi satu matlamat

Semangat kerja berpasukan dapat membantu ke arah kecemerlangan. Apabila setiap orang berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing, kejayaan yang ingin dicapai semakin menyerlah.

Titipan dari Panitia Moral

::Disediakan oleh

Cikgu Badariah Bt Abdul Ghani

TUJUH BIDANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 1 - PERKEMBANGAN DIRI

-Kepercayaan Kepada Tuhan -Amanah -Harga Diri -Bertanggungjawab -Hemah Tinggi -Toleransi -Berdikari -Kerajinan -Kasih Sayang -Keadilan -Rasional -Kesederhanaan

BIDANG PEMBELAJARAN 2 - KEKELUARGAAN

-Kasih Sayang terhadap Keluarga -Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga -Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan -Tanggungjawab terhadap Keluarga

BIDANG PEMBELAJARAN 3 - ALAM SEKITAR

-Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar -Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar -Kemapanan Alam Sekitar -Peka terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

BIDANG PEMBELAJARAN 4 - PATRIOTISME

-Cinta akan Negara -Taat Setia kepada Raja dan Negara -Sanggup Berkorban untuk Negara

BIDANG PEMBELAJARAN 5 - HAK ASASI MANUSIA

-Melindungi Hak Kanak-Kanak -Menghormati Hak Wanita -Melindungi Hak Pekerja -Menghormati Hak Golongan Kurang Upaya -Melindungi Hak Pengguna

BIDANG PEMBELAJARAN 6 - DEMOKRASI

-Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang -Kebebasan Bersuara -Kebebasan Beragama -Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara -Sikap Keterbukaan

BIDANG PEMBELAJARAN 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

-Hidup Bersama Secara Aman -Saling Membantu dan Bekerjasama -Saling Menghormati antara Negara

 

KECEKALAN

Tidak Mengenal putus asa

Kadangkala, kita tidak mencapai kejayaan yang dijangka. Sekiranya ini berlaku, jangan putus asa. Cuba lagi dan terus mencuba sehingga anda berjaya.

KEYAKINAN

Kepercayaan pada diri sendiri

Semakin anda meyakini keupayaan diri dan menyerlah dalam melakukan sesuatu yang baru dipelajari, anda akan menyedari tugasan tersebut semakin mudah. Malah, anda akan tahu bahawa anda mampu melakukannya.

KEPEMIMPINAN

Sumber inspirasi kepada orang lain

Peranan ketua adalah untuk memimpin dan menjadi ikutan anggota sepasukannya. Kehadiran seseorang ketua mampu memberi inspirasi kepada anggota pasukannya untuk berganding bahu dan menyerlah.

BERSATU

Mengeratkan perhubungan

Semangat kerjasama dalam sesuatu unit akan menjadikan kerja dalam sesuatu pasukan lebih seronok dan peluang untuk mencipta kejayaan tidak akan menjadi mustahil.

Panitia Biologi Pimpinan Puan Zaiton Md Saad

PENDAHULUAN:
Biologi merupakan salah satu subjek sains yang penting dalam perkembangan indivudu yang melibatkan penguasaan ilmu sains, kemahiran saintifik serta memiliki nilai murni dan saintifik. Perubahan yang dinamik berlaku dalam bidang sains memerlukan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris sebagai persediaan menghadapi era globalisasi. Satu usaha perlu diambil bagi menggalakkan pelajar-pelajar mempunyai rasa minat terhadap subjek sains khususnya biologi.
Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenali matapelajaran Biologi di mana aktiviti ini mendorong mereka meminati aliran sains khususnya biologi serta sebagai galakan kepada pelajar-pelajar menengah rendah supaya memilih aliran sains semasa di tingkatan 4.
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2008 ialah
Minggu Sains – Pameran Biologi
ii.Kuiz Biologi – Kuiz biologi diadakan bagi program selepas PMR. Pelajar-pelajar Tingkatan 3 didedahkan dengan matapelajaran biologi yang akan dipelajari semasa di tingkatan 4 jika mereka terpilih memasuki kelas aliran Sains Tulen
.
iii.Penaman pokok di sekitar kawasan sekolah – telah dilaksanakan
iv. Kelas tambahan pada musim cuti sekolah : Mac, Mei , Ogos, November
v. PRS- pembimbing rakan sebaya . Pelajar prestasi baik bantu lemah
vi. Kem biologi : teknik jawab soalan


BIOLOGI

Rumusan
Keputusan yang paling baik dapat dicatat oleh pelajar hanyalah B3 dan B4. Tiada seorang pun yang mendapat skor A. Seorang pelajar mendapat C5, seorang D7, 2 orang E8 manakala selebihnya gagal. 15 orang pelajar mendapat skor markah dibawah 20. Pelajar-pelajar ini didapati lemah dalam menjawab soalan bahagian esei. Bimbingan cara menjawab soalan esei akan diberi selepas setiap kali tamat topik kecil yang dipelajari dan semasa kelas tambahan
Masalah yang dihadapi pelajar
Lemah di dalam menguasai teknik menjawab soalan kertas 2 terutama bahagian esei
Lemah dalam menjawab kertas soalan 3
Masih bermasalah menyediakan laporan amali

Cadangan
Beri pendedahan teknik menjawab soalan esei setiap kali habis topik kecil yang dipelajari
Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan dengan tujuan agar mereka dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan saling bantu-membantu antara pelajar lemah dengan pelajar yang lebih baik.

Rumusan

Keputusan yang paling baik dapat dicatat oleh pelajar adalah A1 dan A2. Hanya dua orang pelajar dapat skor A. Seorang pelajar mendapat B3, dua orang C6, tiga orang E8 manakala selebihnya gagal. Sembilan orang pelajar mendapat skor markah dibawah 20. Pelajar-pelajar ini didapati sangat lemah dan kebanyakan tidak menjawab soalan di bahagian esei. Bimbingan cara menjawab soalan esei telah diberi tetapi pelajar tidak berusaha untuk menjawab soalan. Ada pelajar yang menghantar kertas jawapan kosong.

Keputusan yang paling baik dapat dicatat oleh pelajar adalah A1. Dua orang pelajar mendapat skor A. Seorang pelajar mendapat B3, empat C5, empat C6, dua orang D7, tiga orang E8 manakala sembilan orang masih gagal. Pelajar telah menunjukkan peningkatan dari segi cara mereka menjawab soalan esei. Pencapaian mereka dapat dilihat menerusi penskoran gred yang lebih baik. Walaupun masih ramai mendapat skor yang rendah, kebanyakan daripada mereka telah menunjukkan peningkatan dari segi gred markah dan cuba menjawab soalan yang diberikan.
OBJEKTIF : MENDEDAHKAN KEPADA PELAJAR NAMA-NAMA
SAINTIFIK BAGI TUMBUHAN

MENDEDAHKAN CARA PENULISAN NAMA SAINTIFIK

PELAJAR YANG TERLIBAT : PELAJAR KELAS 501

BAHAN : PERSPEK
PSV
CAT SPRAY – HITAM/ GOLD

AKTIVITI : 1. MENGUMPUL NAMA SAINTIFIK DAN NAMA TEMPATAN BAGI POKOK-POKOK YANG TERDAPAT DI PERKARANGAN SEKOLAH.
2. MENCETAK PADA KERTAS
3. MEMOTONG PADA PERSPEK
4. MEWARNAKAN PERSPEK DAN MEMACAK

 

KEGIGIHAN

Tekad untuk berjaya

Apa sahaja yang anda lakukan pastikan yang terbaik. Sekiranya anda bertekad untuk berjaya, cubalah sebaik mungkin. Lambat laun kejayaan pasti menjadi kenyataan.

 
   

Panitia Kimia Pimpinan Puan Suziyana Binti Hassim

PENDAHULUAN:
Kimia merupakan salah satu subjek sains yang penting dalam perkembangan indivudu yang melibatkan penguasaan ilmu sains, kemahiran saintifik serta memiliki nilai murni dan saintifik. Perubahan yang dinamik berlaku dalam bidang sains memerlukan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris sebagai persediaan menghadapi era globalisasi. Satu usaha perlu diambil bagi menggalakkan pelajar-pelajar mempunyai rasa minat terhadap subjek sains khususnya kimia.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang semester penggal pertama diantaranya ialah minggu sains& kimia,pelbagai pameran berkaitan aplikasi kimia seperti asid& bes sebagai elektrolit, kereaktifan logam dengan air, aloi dan logam,pembuatan dakwat melalui kulit nangka, kesan gas karbon dioksida ke atas manusia seperti mentos yang bertindak balas dengan air gas karbonat. Sepanjang pameran tersebut pelbagai pandangan positif telah diberikan.

Pencapaian akademik pelajar agak kurang memuaskan kerana pelajar masih baru didedahkan dengan penguasaan kimia dalam bahasa inggeris. Pelbagai aktiviti penguasaan telah dijalankan sebagai aktiviti sampingan seperti taman mini kimia, lukisan mural berkaitan dengan subtopik kimia, buku 555 serta klinik kimia dijalankan bagi memantapkan penguasaan pelajar dalam kimia.

Namun semangat belum pudar bagi kerjasama guru dan pelajar untuk memastikan pencapaian kimia masih di tahap 100% lulus sungguhpun kimia dalam bahasa inggeris.Inisiatif seperti ganjaran RM100 bagi pelajar yang mendapat A1 mahupun A2 beserta sijil kecemerlangan ditawarkan sebagai dorongan pelajar untuk giat berusaha dalam memajukan diri dalam matapelajaran kimia terutama SPM.

Bengkel teknik menjawab soalan Kimia SPM akan dijalankan dan selepa situ pelajar akan bertindak sebagai fasilitator kepada rakan yang lain dalam membimbing rakan-rakan untuk bersama maju dan berjaya dalam SMP 2008 di bawah pengawasan Cikgu Suzi. Sukatan matapelajaran kimia tingkatan lima sudah dihabiskan dalam bulan Julai bagi memastikan pelajar dapat menjawab dengan sehabis baik semasa percubaan SPM yang bakal diduduki bulan September 2008. Walau apa pun rintangan kimia semangat " kalau tak dapat kimia C dapat A jadilah..." pendorong moto panitia kimia...

Panitia kimia berharap dapat meningkatkan kualiti pencapaian pelajar kimia dalam SPM 2008. jika tidak ada aral melintang kemungkinan selepas hari raya Cikgu Suzi akan membawa rombongan pelajar kimia SPM ke Jabatan forensik di Ipoh sebagai aktiviti lawatan sambil belajar selepas pelajar menduduki percubaan kimia SPM.