Assalamua'laikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dewasa ini, istilah
dan perkara-perkara berkaitan industri teknologi maklumat dan
telekomunikasi merupakan topik biasa yang sering diperkatakan
oleh segenap lapisan. Pendek kata ia telah menjadi satu topik
hangat dan menjadi semakin relevan apabila idea Koridor Raya Multimedia
(MSC) serta Sekolah Bestari menjadi kenyataan.
Atas hasrat itu jugalah, kami di SMK Tat Beng mengambil inisiatif
menyahut cabaran bergerak bersama membangunkan sebuah laman web
sekolah yang dinamakan sebagai 'Titian Vital' .
Alhamdulillah, usaha ini meletakkan warga SMKTB melangkah setapak
lagi seiring dengan aspirasi menjadikan kita komuniti yang berilmu.
Melalui aspirasi ini kami di sini berusaha meningkatkan kemahiran
ICT sejajar dengan usaha merealisasikan hasrat menjadikan negeri
Perak sebuah negeri yang berasaskan ilmu. Semoga Titian Vital
ini menjadi satu pemangkin yang mencetuskan inspirasi untuk warga
SMKTB merealisasikan hasrat negara.
bbbbbPenghasilan Titian
Vital SMK Tat Beng yang julung kali dihasilkan ini diharap dapat
dimanfaatkan sepenuhnya dan terus berkembang dalam usaha menghadapi
dunia globalisasi serta memartabatkan mutu pendidikan ke taraf
dunia.Kami teruskan visi ini dengan membawa satu lagi produk ICT
bersama Vital Akses pula. Semoga budaya perkongsian
maklumat ini memberikan impak besar dalam menjana pendidikan berkualiti.
Sekian, terima kasih.
En. Abdul Satar Bin Hj. Abdullah
(Pengetua SMK Tat Beng Sg Nyior) aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Bersyukur
ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberi
peluang untuk mencoret sepatah dua kata untuk Titian Vital SMK
Tat Beng yang julung-julung kalinya telah dihasilkan. Tahniah
kepada semua yang terlibat khasnya guru yang telah diberikan kepercayaan
oleh pihak sekolah yang telah dapat menyempurnakan amanah yang
diberi. Manfaatkanlah segala ilmu yang telah dituntut demi kecemerlangan
umat.
Kepada
seluruh warga sekolah, sememangnya kita tidak boleh ketinggalan
dalam persaingan dunia IT dan alam Siber yang semakin canggih.
Kita harus menyediakan diri untuk menghadapi cabaran alaf baru
seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa
sempadan, ekonomi global dan sebagainya. Kita juga kena menyediakan
anak-anak didik kita dengan segala bentuk ilmu dan kemahiran sebagai
bekalan mereka meneruskan perjuangan memartabatkan rakyat Malaysia
kemartabat yang lebih tinggi.
Oleh sebab itulah budaya perkongsian pintar, kemahiran dan pengalaman
di kalangan warga pendidik sangat diperlukan. Budaya ini seharusnya
dipupuk di peringkat sekolah. Saya sebagai Guru Penolong Kanan
dapat merasakan budaya ini sudah menyerlah di sekolah kita dan
berharap akan terus berkembang demi kepentingan anak-anak didik
kita.
Sekian, terima kasih.
Tn Hj. Rafie bin Md. Hasnam.
(PK Pentadbiran)
Kegiatan
kokurikulum kini semakin penting sebagai satu aktiviti sekolah
yang dapat membentuk sahsiah pelajar ke arah menjadi insan yang
kamil. Kegiatan kokurikulum juga dapat menyumbangkan ke arah kejayaan
pelajar memasuki pusat-pusat pengajian tinggi apabila penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum turut diambil kira bagi permohonan
ke institusi berkenaan.
Berdasarkan
kepentingan kegiatan kokurikulum ini, pihak sekolah telah mewajibkan
setiap pelajar menganggotai atau menjadi ahli bagi tiga kegiatan
kokurikulum yang meliputi Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform
dan Kelab Sukan dan Permainan.
Cik Hajjah Norshida Bt Ahmad
(PK Kokurikulum)
SMK
Tat Beng merupakan sebuah sekolah yang terletak di luar bandar
(Daerah Larut, Matang & Selama) yang mana ia mempunyai komposisi
pelajar seramai 877 orang terdiri 82.4% Melayu, 12.7% Cina, 4.7%
India dan lain-lain 0.2%.
Pihak sekolah sebagai institusi masyarakat menggorak langkah dengan
program dan rancangan ke arah memantapkan disiplin, sahsiah dan
kepimpinan pelajar seperti ponteng sifar, salah laku sifar, anugerah
butang sahsiah, kursus kepimpinan, kempen nilai murni dan berbudi
bahasa. Di samping itu,
pelbagai aktiviti yang dirancang bertujuan untuk menerapkan
unsur perpaduan agar warga sekolah sentiasa menikmati kesejahteraan,
keharmonian dan bersatu hati.
Selain itu, bahagian Hal Ehwal Murid sentiasa berusaha ke arah
melahirkan pelajar yang mengecapi kejayaan dalam bidang akademik,
disiplin dan sahsiah terpuji, semangat jati diri serta penghayatan
unsur patriotisme.
Sekian, terima kasih
ggggggggggggggggggggggggggggggKKeluarga
Dikasihi Tetangga Dihormati
Ustazah Hadijah Bt Hj Nawawi
(PK HEM)
Salam
Sejahtera untuk semua,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak sekolah yang berjaya
menyatukan idea dan usaha dalam penyediakan Laman Titian Vital
ini. Terima kasih juga diucapkan juga kepada pihak sekolah kerana
memberikan sedikit ruang untuk saya menukilkan sebaris dua bicara
diruangan ini sebagai panduan bersama. Kecemerlangan sesebuah
sekolah bukan sahaja didorong oleh warga sekolah yang berilmu
dan berpendidikan tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan diri
setiap
individu. Dalam era ledakan maklumat ini, pengetahuan kemahiran
dan keperluan dalam menguasai ilmu amat diperlukan.
Sasaran berterusan yang akan dicapai oleh Bidang Bahasa SMKTB
ialah sentiasa berusaha mencapai objektif yang dihasratkan oleh
KPM secara bersepadu. Selain itu, Bidang Bahasa akan berteraskan
pendekatan memberikan penekanan kepada penggabungjalinan kemahiran
bahasa, iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis serta
memberikan pertimbangan terhadap penerapan nilai-nilai murni seperti
yang dihasratkan dalam kurikulum sekolah. Dengan pendekatan yang
diberikan penekanan, pelajar diharapkan dapat mengaplikasikannya
sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Melalui kemahiran
yang dimiliki oleh pelajar di peringkat sekolah atas usaha berterusan,
Bidang Bahasa mampu melahirkan masyarakat yang memiliki keyakinan
tinggi untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Justeru itu, kecemerlangan
bangsa bayank menuntut pengorbanan dan kesungguhan untuk merealisasikan
aspirasi melahirkan masyarakat Malaysia yang Cemerlang, Gemilang
dan Terbilang.
ggggggggggggggggggggggggggggggggPPENGETAHUAN
SULUH BUDIMAN En. Khor Leong Keng
(Guru Kanan Bahasa)
Malaysia
sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke era globalisasi.
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, rakyat Malaysia perlu
menyahut cabaran untuk menjadi masyarakat yang berfikiran saintifik
serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi menjelang
tahun 2020.
Sains dan Matematik merupakan satu instrumen untuk perkembangan
sains dan teknologi dalam pembangunan negara.
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, agenda utama adalah
untuk merealisasikan dasar 60 : 40 dan PPSMI Jabatan Sains sekolah
merupakan satu daripada beberapa jabatan yang terdapat dalam struktur
organisasi di sekolah menengah. Jabatan ini bertanggungjawab dalam
hal pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum
sains. Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan
program-program dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam usaha
ke arah status negara maju. SMKTB mempunyai 4 buah kelas aliran
sains iaitu 2 kelas dari Tingkatan 4 dan 2 kelas dari Tingkatan
5. Berbekalkan 18 orang guru Sains dan Matematik, 4 orang kakitangan
makmal serta kemudahan 5 buah makmal Sains dan sebuah bilik Matematik,
Jabatan Sains sentiasa berusaha untuk memastikan pelajar-pelajar
SMKTB mendapat peluang dan kejayaan yang cemerlang dalam subjek
Sains dan Matematik.
Pn. Normee Binti
Abdul Rahman
(GK Sains & Matematik)
Zaman
Millenium merupakan era manusia mementingkan kemahiran dan ketrampilan.
Keperluan ini menjadikan bidang vokasional dan teknik menjadi
signifikan. Peluang pekerjaan juga semakin meningkat dalam bidang
ini. Nilai individu semakin meningkat jika kita memilki sebarang
kemahiran. SMKTB
juga sedang menuju ke arah itu dengan menawarkan mata pelajaran
Pembinaan Domestik serta Rekaan dan Jahitan Pakaian.
Pergantungan
negara terhadap barangan import menjadikan Malaysia negara ini
sebuah negara yang berdikari. Oleh itu bidang Sains Pertanian
dititikberatkan
dalam usaha mengeluarkan lebih banyak produk tempatan. Harapan
kami SMK Tat Beng akan melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang
pertanian dan bidang-bidang kemahiran lain yang berkaitan seperti
bidang Perakauanan, Perdagangan, Ekonomi Rumah Tangga, Kemahhiran
Hidup
dan Matematik Tambahan.
Encik Ahmad Bin Shahadan
(GK Teknik & Vokasional)
Bidang pendidikan memainkan peranan penting bagi mencorakkan generasi
akan datang menepati kehendak dan keperluan negara. Bersesuaian
dengan
era globalisas pihak sekolah perlu menumpukan usaha dan tenaga
ke arah membina insan yang berilmu, berketrampilan, berupaya mencapai
kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan
negara.
Bidang
Kemanusiaan merupakan salah satu cabang pendidikan turut bertanggungjawab
mengatur pelbagai perancangan akademik bagi pencapaian
visi sekolah iaitu SMKTB ke arah kecemerlangan ilmu,kemahiran
dan sahsiah menjelang 2010. Aktiviti yang dilaksanakan bertujuan
memupuk
nilai-nilai murni, semangat patriotisme, jati diri dan mewujudkan
integrasi kaum di kalangan pelajar bagi mencapai wawasan sekolah.
Sokongan
padu semua pihak perlu bagi menjayakan apa jua program yang direncanakan
.Guru-guru sebagai pelaksana kegiatan keintelektualan sementara
ibu bapa berperanan sebagai pendorong atau penggalak bagi meneruskan
kesinambungan kecemerlangan anak-anak di sekolah dan di rumah.