berita..
Membawakan berita terkini sepanjang tahun 2008 di SMKTB......
 
       
         
2
MOTIVASI
KEPERIBADIAN

Kekuatan dalaman membina insan yang lebih mulia.

Seringkali kita putus asa dan menyalahi orang lain apabila menemui kekalahan tetapi memiliki keperibadian bererti ada yakin dengan diri sendiri dan akan cuba sekali lagi. Apabila anda berjaya akhirnya, kekalkan sikap rendah diri dan terus memperbaiki diri

DISIPLIN

Kecekalan dalam mencapai cita-cita

Kadangkala kita perlu melakukan perkara-perkara yang tidak kita gemari, seperti bagun awal dan mengorbankan masa tidur. Tetapi ianya tentu memberikan kepuasan apabila kita berjaya dengan cemerlang.

SEMANGAT BERPASUKAN

Berganding bahu demi satu matlamat

Semangat kerja berpasukan dapat membantu ke arah kecemerlangan. Apabila setiap orang berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing, kejayaan yang ingin dicapai semakin menyerlah.

KECEKALAN

Tidak Mengenal putus asa

Kadangkala, kita tidak mencapai kejayaan yang dijangka. Sekiranya ini berlaku, jangan putus asa. Cuba lagi dan terus mencuba sehingga anda berjaya.

KEYAKINAN

Kepercayaan pada diri sendiri

Semakin anda meyakini keupayaan diri dan menyerlah dalam melakukan sesuatu yang baru dipelajari, anda akan menyedari tugasan tersebut semakin mudah. Malah, anda akan tahu bahawa anda mampu melakukannya.

KEPEMIMPINAN

Sumber inspirasi kepada orang lain

Peranan ketua adalah untuk memimpin dan menjadi ikutan anggota sepasukannya. Kehadiran seseorang ketua mampu memberi inspirasi kepada anggota pasukannya untuk berganding bahu dan menyerlah.

BERSATU

Mengeratkan perhubungan

Semangat kerjasama dalam sesuatu unit akan menjadikan kerja dalam sesuatu pasukan lebih seronok dan peluang untuk mencipta kejayaan tidak akan menjadi mustahil.

KEGIGIHAN

Tekad untuk berjaya

Apa sahaja yang anda lakukan pastikan yang terbaik. Sekiranya anda bertekad untuk berjaya, cubalah sebaik mungkin. Lambat laun kejayaan pasti menjadi kenyataan.

Selamat Datang 2008 - Sidang tadbir TITIAN VITAL mengucapkan Selamat Datang kepada semua murid yang meneruskan usaha menimba ilmu di SMKTB bagi sesi 2008. Kami juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada mereka yang mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. Sesungguhnya kecemerlangan itu tidak akan datang bergolek, tetapi perlu diusahakan oleh mereka yang ingin akan kecemerlangan dan yang tahu apa erti kecemerlangan. Mudah-mudahan kecemerlangan dapat dikekalkan dan ditingkatkan hingga ke akhir hayat.
 
Semua manusia tidak sama. Setiap insan dilahirkan sebagai individu yang unik. Berbeza seperti berbezanya cap jari mereka. Namun begitu, dalam beberapa segi kehidupan, mereka mempunyai impian yang sama, termasuklah mencari kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan itu, mereka mempunyai pilihan dan mereka harus membuat pilihan itu.
 
Menjadi impian setiap pelajar di bandar mahupun di desa, untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Mereka yang cemerlang terutamanya dalam bidang akademik, lazimnya akan lebih dihormati dan dikagumi. Pelajar yang sedemikian selalunya dikaitkan dengan sifat rajin belajar, bijak, bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu dan mempunyai masa hadapan yang cerah.

Maka, barangkali tidak salah jika dikatakan bahawa mereka mencapai kecemerlangan kerana sikap. Sikap yang positif harus dibina dalam diri dan sikap ini merupakan aset yang amat bernilai. Sikaplah yang menjadi penentu antara mereka yang cemerlang dengan yang tidak cemerlang. Realisasikan Kecemerlangan.

Tirai 2008 dimulakan dengan penglibatan 10 orang pelajar puteri ke Kem Remaja Islam di Pecah Batu Trong. Program dianjurkan oleh Biro Pendidikan Angkatan Belia Islam Malaysia.

 
 
 
Perhimpunan pertama 2008. Selamat Datang kepada semua murid yang baru mendaftar di SMKTB.
 
Fatin, Suraya dan Aslina
 
Mereka melakar kecemerlangan di SMKTB. Tahniah untuk Aslina (8A), Fatin dan Suraya (7A). Resepi kejayaan adalah menghormati guru, rajin mengulangkaji pelajaran dan fokus ketika mengikuti pembelajaran.
 
       
BM
BI
MM
SN
PI
SJ
GE
KH/1
KH/2
KH/3
KH/4
BC
BT
93.33
56.19
84.28
87.61
94.44
92.38
95.71
92
95.5
96.77
97.36
71.42
100
   
         
Pencapaian PMR 2007 - SMKTB
       
Farah Idura (302) dan Nor Azyan (303) merupakan dua sahabat baik yang terpilih sebagai penyampai Salam Aidilfitri terbaik 2007. Tahniah buat anda berdua. Kini, kita ada Salam Vital pula. Anda mungkin berpeluang mendapat hadiah jika anda merupakan pengunjung tetap dan mengemukakan ucapan salam yang gramatis. Jangan lupa dapatkan borang Salam Vital dari Rakan Akses anda. Boleh berikan ucapan yang pelbagai. Umpamanya, Selamat Ulang Tahun, Ucapan tahniah, Selamat Belajar atau Selamat Hari-Hari...
                                           
Pada 19 hb Februari, aktiviti merentas desa telah dijalankan di sekolah. Tahniah kepada yang berjaya, yang tak berjaya cuba lagi tahun depan.
 
 

Pada 28 Januari, satu aturcara Pelantikan Rasmi Pengawas Sekolah telah disempurnakan oleh Inspektor Mohd Joharizal Hamzah dari IPD Taiping, Bahagian Narkotik.Terima Kasih kami ucapkan.

Pengawas Putera dan Pengawas Puteri telah berikrar akan menjalankan tugas dengan baik dan memastikan disiplin pelajar SMKTB terus dalam keadaan baik.

Syabas dan tahniah kepada yang telah dilantik. Jalankan tugas anda dengan sebaik mungkin

 
     
Ceramah Keselamatan turut diadakan dan disampaikan oleh Sarjan Major Hj. Abdul Rahman Abdullah untuk memberi kesedaran kepada pelajar.
     

Majlis Perhimpunan Rasmi 25 Februari 2008 menyaksikan Smk Tat Beng terus unggul dalam Kejohanan Softball apabila berjaya menjadi Johan MSSD dalam kategori bawah 18 tahun-Perempuan dan Naib Johan untuk bawah 15 tahun-Perempuan. Seramai 9 pemain terpilih mewakili Daerah LMS untuk keperingkat negeri. Ketua Pasukan sekolah - First Base Siti Juminah Bt Mat Isa gembira (gambar kiri sekali) menerima piala pusingan daripada Tuan Pengetua; Tn Hj. Abdul Satar Bin Abdullah. Tahniah dan syabas kepada pasukan sekolah dan juga jurulatih berkaliber Cikgu Vijayaranni Ragavan (gambar tengah-sedang memerhatikan PK KoKu mengalungkan pingat kepada pemain sekolah). Pengalaman beliau sebagai Guru Sains Sukan lulusan UPSI telah digunakan dengan sebaiknya. Tahniah dari kami warga SMKTB.

 

TAHNIAH SMK TAT BENG PERATUS LULUS SPM MENINGKAT..SPM 2007 - 93.18%
Gambar di atas - pelajar terbaik SPM 2007 Beh Wei Ping . Sila klik untuk melihat pencapaian keseluruhan-->
Sekitar jam 11.00 pagi pada 12 Mac, bekas pelajar SMKTB - SPM 2007 datang ke sekolah untuk mengambil keputusanTahniah kepada yang berjaya dan cemerlang. Andalah permata yang digilap di SMK Tat Beng.

m

 
Cuti Pertengahan Penggal bermula 8 Mac sehingga 16 Mac. Pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR 2008 memanfaat masa cuti kali ini dengan menghadiri kelas-kelas tambahan. Semoga usaha anda membuahkan hasil yang positif.
12 April-Sabtu (Sambutan Maulidurrasul dan Program Akikah)
 

Sambutan Maulidur Rasul dan Program Akikah telah berlangsung dengan jayanya. Program ini diserikan dengan Ceramah Maulidurrasul oleh Al Fadhil Ustaz Saidin Hasnam dan dirasmikan oleh wakil PPD LMS Ustaz Ahmad Bin Abdullah. Bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh murid-murid dan guru-guru Islam memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan program berkenaan. Pelbagai acara diselitkan untuk pengisian rohani . Antaranya, persembahan pasukan marhaban sekolah, nasyid, mini pentomin dan pidato. Jazakallah hu khairan kathira.

Lagi gambar berkaitan.... Sila KLIK dan juga boleh dilayari di luar talian schoolnet melalui http://tagged.com/titianvital

 

14 April-Isnin (Perhimpunan Koku)  
     

Perhimpunan Koku hari ini berjalan lancar. Murid-murid SMKTB segak memakai baju koku. Kemuncak Minggu Bahasa, hadiah galakan diberi kepada pemenang dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan. Antaranya penulisan esei bagi ketiga-ketiga bidang bahasa-Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kadet Polis (Wanita) yang berjaya mewakili LMS ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri. Turut dihargai sumbangan besar Nor Asmaiha Bt Ahmad yang menjadi calon tunggal terpilih mewakili Daerah ke pertandingan menembak M16.

Turut menyerikan majlis ialah kedatangan seorang lagi pelajar cemerlang SPM 07- Lau Chun Lim (9A1). Lau menceritakan pengalaman belajar beliau dalam usaha mencipta kegemilangan pembelajaran di SMKTB. Usaha gigih diikuti ketekunan belajar menjadi pendorong kejayaan beliau. Kata-kata hikmat beliau yang perlu dikongsi oleh semua murid di SMKTB ialah " Bersusah-susah selama 5 tahun di sekolah, berbaloi-baloi berpuluh-puluh tahun akan datang." Syabas kepada Lau. Buktikanlah wahai semua murid di SMKTB, anda juga mampu berjaya. Semoga semakin ramai pelajar berjaya dapat kita lahirkan.

    28 April-Isnin (Kejohanan Olahraga Tahunan ke-24)
     
Kejohanan olahraga kali ke-24 kali ini menyaksikan Rumah Merah mendahului rumah-rumah lain dengan pungutan 1271 mata, meninggalkan Rumah Hijau 1201 mata, Rumah Biru 1108 dan Rumah Kuning 641 mata. Rumah Merah meraih 23 pingat emas. Olahragawan 2008 juga dirangkul oleh Mohd Rozi Arshad dari kelas 304 dan Olahragawati 2008 disandang oleh Siti Nabila Bt Mohd Noor dari kelas 405. Kedua-duanya merupakan ahli Rumah Merah. Tahniah buat Rumah Merah. Klik di sini -->Gambar kandid KOT ke-24
 

3 Mei-Sabtu

   
Penyampaian hadiah untuk PMR dan SPM 2007 berjalan lancar. Begitu juga dengan Mesyuarat Agung PIBG. Keseluruhannya warga SMKTB mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan terutamanya kepada pelajar yang cemerlang PMR dan SPM. Gambar-gambar sedang di proses.