Kirimkan menu kegemaran anda ke- email mizasmktb@yahoo.com atau mwm_fob@yahoo.com untuk dikongsi bersama oleh pengunjung TITIAN VITAL.
MENU VITAL
 

PARU EM ZEK

Bahan : Paru, serbuk kunyit, 2 sudu besar jintan manis, 1 sudu kecil lada hitam, 10 cili kering digiling , sedikit air asam jawa, gula, garam, halia, lada merah untuk hiasan. Cara penyediaan: Potong pari setebal 2 cm. Rebus paru beserta kunyit, lada hitam dan jintan yang telah ditumbuk sehingga kering. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kering sehingga garing. Masukkan paru. Akhir masukkan air asam, garam dan gula secukupnya. Hiasi dengan potongan lada merah.

KEK D'COKLAT

Bahan : 180gm mentega, 240 tepung gandum ringan - ayak bersama 1 sudu teh baking +1 sudu teh soda + 60 gm koko, 360gm gula kastor, 3 biji telur ayam kampung, 1 cawan air, 1 sudu teh esen, sedikit nescafe / alicafe Cara penyediaan: Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu. Kemudian tepung dan bahan-bahan lain berselang seli. Bakar selama 1 jam.

 

KERABU TAUGEH DENGAN PERUT LOL

Bahan : Perut, halia, taugeh, pati air asam, kerisik, santan, gula+garam, bunga kantan+cili api dihiris halus. Bahan untuk dikisar: bawang kecil, serai, cili merah, belacan. Cara penyediaan: Rebus perut dengan halia sehingga lembut. Celur taugeh dan gaul dengan perut. Gaul rata pula bersama bahan-bahan lain. Sedia untuk dihidang.

 

PULUT KUKUS PIANDANG

Bahan : 1 kg beras pulut direndam semalaman, 600 ml santan, daun pandan, sedikit garam Cara penyediaan: Sediakan pengukus dan didihkan air. Basuh beras dan toskan. Beras pulut digaul bersama garam dan santan. Masukkan dalam loyang bersama daun pandan. Kukus sehingga masak.

 

NASI GORENG BONDA

Bahan : Nasi putih, bawang putih, ikan bilis, isi ayam, 1 sudu teh - cili kisar, kicap pekat, sos cili, garam+gula, sayur sawi+kubis, minyak masak. Bahan ayam: 1 ketul kepak, serbuk cili, bancuh 1/2 sudu teh tepung jagung bersama air, sebiji telur dipukul, serbuk roti. Hiasan : 2 hiris timun, keropok ikan, telur mata kerbau, sup. Cara penyediaan: Masak cam biasa jeee

 

CUCUR BAWANG KENNY

Bahan : 150gm tepung gandum + sedikit serbuk penaik - ayak bersama, garam+gula secukup rasa, air suam, udang cincang, bawang boleh dimayang atau dikisar - banyak mana ikut selera. Cara penyediaan: Gaulkan semua bahan kecuali air. Tuangkan air perlahan-lahan. Perap 10 minit dan goreng hingga garing.

 

KEK PISANG RADIX (Cikgu Sha-HPA)

Bahan : 5 biji pisang emas, 1 cawan gula, 1 cawan minyak, 2 cawan tepung, 3 biji telur, 1 sudu teh soda bikabonat, 1/2 sudu teh kopi radix. Cara penyediaan: Lecek pisang sehingga halus. (A)Masukkan dalam mesin pengisar ; gula, minyak dan telur. (B)Ayakkan tepung, soda dan kopi radix bersama-sama. Satukan A dan B berselang-seli, kemudian masukkan pisang dan bakar.

   

Semua resepi di bawah published by TOMEY..............................

KERABU SARDIN TOMEY

Bahan-bahan :
1 tin sardin (ikut la tin besar ke kecik.. agak² nak makan reramai.. beli la dlm 2-3 tin ke.. hehe)
Bawang merah (hiris)
Cili padi (hiris)
Limau kasturi
Gula & Garam secukup rase
Cara-cara :Memula asingkan sardin ngan tulang-temulangnye.. ermm.. sardin ade tulang ke ? abes yg kat tengah² tuh ape ? bukan tulang ? .. ape² hal pon.. kita nak pakai isi sardin je. Lepas tuh hancur² kan sket isi sardin tuh.. jgn lumat sgt.. tak best. Then amek bawang, cili padi, gula & garam, air limau kasturi.. gaul sampai sebati. Lepas tuh rasa sket.. dah ok buleh makan . Enak dimakan begitu saja.. hehe.. err.. sebenarnya enak dimakan dgn nasi.

PISANG GORENG TOMEY

Bahan-bahan :
8 biji pisang yang ranum
1/2 cawang tepung beras
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 teaspoon baking soda
1 cawan air
3 tablespoon santan
1/2 teaspoon garam
1 tablespoon bijan (optional)
2 tablespoons kelapa parut (optional)
2 tablespoons gula
Minyak utk menggoreng

(kalau nak goreng pisang bebanyak.. adjust je lah eh sukatan kat atas..) Cara-cara: Hiris pisang mcm ikut style memasing. Campurkan semua adunan kat atas.Takyah pukul adunan.. just campur je. Celup pisang dlm adunan. Then goreng dlm minyak yg panas. Angkat. Toskan sket minyak. Makan ! Senang kan ?.. hehe
"I tasted these fried bananas at the gerai in Perlis. They have a crisp coating, and are well worth the trouble.." hmm.. wonder how it tastes.. but the recipe is kinda different dari ape yg i slalu tengok orang buat.. try la...

CHICKEN CHOP TOMEY

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun parsli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara: Gaulkan ayam bersama lada sulah, tepung ubi. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan

TOMEY EGG SANDWICH

Memula korang memerlukan minyak, kuali, butter, mayonis, sos cili, telo, roti. Goreng telur mata kerbau.. roti buh dalam pembakar, angkat telo .. sapu mayonis.. buh cili sos.. kapit ngan roti .. makan .. gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati

PIZZA MAGGI TOMEY


Bahan-Bahan:
1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)

Cara: Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang. Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, karot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggi yang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati. Goreng di dalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai. Cadangan Hidangan: Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis. //p.s: sesuai utk org bujang..

AYAM MASAK MERAH TOMEY

Bahan-Bahan:
Bahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula
1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak

Cara: Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

GEGELANG BAWANG BERCILI TOMEY

Bahan-Bahan:
4 labu bawang besar (dikupas dan dihiris bulat-bulat)
1 cawan susu
1 biji telur
125 gm tepung (diayak)
¼ sudu teh cili serbuk
¼ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng

Cara: Leraikan lapisan-lapisan bawang. Bubuh di dalam mangkuk, tuangkan susu dan biarkan selama 1 jam. Tuskan dan ketepikan susu. Pukul telur sehingga kembang,kemudian campurkan susu,cili serbuk,garam dan tepung.Adunkan sehingga sebati dan tidak berbintil-bintil. Celupkan setiap gegelang bawang di dalam batter dan goreng dengan minyak yang panas sehingga perang keemasan. Tuskan dia atas kertas serap minyak dan taburkan sedikit garam.

EASY TOMEY BLACK PEPPER

Bahan-Bahan:
500 gm daging
Sos tiram
Lada hitam
200 gm brokoli dipotong sederhana besar
2 biji tomato dipotong 4
1 batang lobak merah dipotong sederhana besar

Cara: Panaskan non-stick frying pan. Masukkan daging kambing tadi,tidak perlu masukkan minyak kerana daging sudah berlemak.
Balik-balikkan daging tersebut. Apabila daging sudah setengah masak, masukkan sos tiram dan lada hitam. Gaul sebati.
Masak sehingga daging betul-betul empuk. Kemudian masukkan tomato, brokoli dan lobak merah. Biarkan sayur layu untuk seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

TOMEY BLACK PEPPER

Bahan-Bahan:
Daging - Direbus dan hiris nipis
½ cawan kicap pekat
¼ cawan sos tiram
3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar gula
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 labu cili epal (capcicum) - potong memanjang
1 batang salary - potong memanjang
1 labu bawang besar - potong kiub

Cara: Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau. Masukkan kicap pekat dan lada hitam. Masukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih. Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum. Biarkan mendidih dan pekat. Sedia untuk dihidang.

ROTI TELUR GORENG TOMEY

Bahan-Bahan:
1 biji telur
2 keping roti
2 sudu susu
Secubit garam
minyak masak
30 gm penuh gula halus

Cara: Pecahkan telur ke dalam mangkuk & campurkan susu & garam. Pukul dengan garpu. Panaskan minyak di dalam kuali. Celupkan roti dalam campuran telur. Masukkan sekeping roti ke dalam kuali & goreng hingga berwarna perang , kemudian terbalikkan untuk memasak sebelah atas tadi. Angkat roti tadi, toskan & taburkan sedikit gula di atasnya. Hidangkan semasa panas di atas pinggan makanan. yuhoo sodapppp

 

UDANG CELUP TEPUNG EM ZEK

Bahan-bahan :
udang hidup
tepung kek naik sendiri
1/2 sudu cuka
secubit garam
jika nak pedas boleh letak lada sulah
air
Cara-cara : Gaulkan tepung dan kesemua bahan (kecuali udang) dan masukkan air. Kacau sehingga pekat macam nak buat kodok goreng..lepastu celupkan bahagian kepala udang separuh badan dengan tepung seekor demi seekor dan goreng. Pasti rasanya sedap dan ranggup. Boleh juga dibuat menggunakan sotong atau bawang besar yang bewarna kuning dengan menggunakan resepi yang sama.

SAMBAL TUMIS EM ZEK

Ramuan :
ikan bilis 2 genggam
bawang merah 10 biji (lagi banyak lagi bagus)***Bawang mahal weh
bawang putih 2 biji
cili kering 10 biji (di blend)
asam gelugor
belacan
garam dan gula secukup rase...
cara:
ikan bilis digoreng terlebih dahulu..dan ketepikan dulu..
bawang di tumbuk..lagi sedap... cili di blend bersama belacan...
mula2 tumis bawang..dgn minyak yg panas..sehingga bawang bertukar warna jadi kekuningan..
pastu..masukkan cili kering yg di blend....
masukkan asam gelugor, then masukkan gula..dan garam secukupnya..
apabila cili menjadi garing dan pekat...masukkan ikan bilis yg telah digoreng
Setelah selesai api dipadam...
selamat mencuba...
Tips:
Bawang mesti lebih banyak daripada cili... bawang besar yg merah tu..bukan yang kuning tau...

DAGING KICAP EM ZEK

Cara membuatnya :
Rebus daging
hiris daging nipis-nipis.
tumbuk halia dan bawang putih..
perap daging dengan bahan tumbuk dan sedikit kicap agak-agak 5 minit cukup le.
goreng daging sampai garing.
tumis lada api dan bawang merah yang dah dihiris sampai agak-agak masak then masukkan daging goreng tadi. masukkan sikit air rebus daging ( kalau ada lebih masa rebus daging tadi ) - biar gelegak.
Bubuh serai yang dah diketuk dan asam keping then sebelum angkat buh daun limau purut.
Make sure tak banyak sangat kuahnya - agak-agak pekat sahaja.
Lupo lak, bahan-bahan nya:-
daging 1/2 kilo, bawang putih & merah, halia, kicap, asam keping, serai, daun limau purut, cili padi.
korang agak sendiri le banyak mana nak guna bahan-bahan tu ye..
makan dengan nasi panas wow !!!

KUAH KACANG EM ZEK

Memula kacang tanah tu goreng dulu le.. ikut suka hati masing-masing.. kalau nak byk bubuh byk sket..goreng tu tak yah pakai minyak pun.. before goreng leatk sket garam so that die garing.. sampai lah nampak coklat sket.. jgn hangus dah le.. lepas tubila dah sejuk tu leraikan kulit kacang tu.. hehehe.. jgn jadik akcang lupakan kulit udah le ..lepas tu blend kering halus sikit or tumbuk dgn lesung batu yang betul-betul kering..
Rempah lak: lada kering,bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, tu blend sekali..kalau dah pakai lada boh tak yah lah blend lagi.. lagi byk lengkuas ngan serai lagi sodap.. kalau tumbuk lagi ngancam..
Dah tu stage 3 lak: tumis rempah penumis cam biasa dgn minyak byk sikit.. ikut kadar kacang tu lah..then, masukkan bahan-bahan tadi yang dah di blend tuh.. sampailah garing sket je.. kira masaklah sambal tu tadi.. lepas tu masuk gula sikit..bior manis sket.. ngan garam .. jgn lupa eh..kalau taknak masuk gula pun tak pe.. no harm at all...
Lepas tu masukkan kacang yang dah halus kena tumbuk/blend tu.. lagi halus lagi lawa kuah kacang tu.. tapi jgn lak sampai jadik serbuk kacang .. hehehhe.. lepas tu tambah lah dgn santan kelapa.. kacau jgn sampai hangit lak dgn api okay je.. kalau rasa nak lemak lagi.. tambah santan lagi.. tapi kena rasa garam gak.. ha, bior sampai die keluar minyak baru je padam api.. kalau dah keluar minyak sikit tuh dah kira okay lah.. nak cair sikit jgn letak air.. letak santannn.. menarik dak? nanti nampak le kuah kacang yang lawo..

NASI DAGANG EM ZEK

Bahan-bahannya:
2 kati beras kasar
1/2 kati beras pulut
1 1/2 biji kelapa
2 cawan air
1/2 cawan bawang merah
2 biji bawah putih
1/2 inci halia
1 sudu kecil halba
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara membuatnya:
Kedua beras dan pulut dicampur rata. kemudian direndam selama 1 malam atau 8 jam.
Bawang merah, bawang putih dan hali diracik dan dicampurkan dengan halba.
Kelapa ambil intipatinya sahaja kira-kira 2 atau 2 1/2 cawan.
Masak santan dengan gula dan garam sampai mendidih.
Beras yang direndam ditoskan dan dikukus sampai masak.
Diangkat dan dikacau nasi tadi dengan santan yang dimasak dan juga bahan-bahan yang diracik tadi.
Dikukus sekali lagi sampai menjadi lembut dan berminyak.

NASI AYAM HAILAM EM ZEK

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam secukup rasa
minyak bijan
1 batang timun dihiris
2 biji tomato dihiris
daun salad

BAHAN-BAHAN(a)
(Digiling)
2 inci halia
1/2 labu bawang putih

CARA-CARA

1.Gaulkan bahan(a) bersama ayam,sos tiram,kicap pekat dan garam. Perap selama 4 jam. Kemudian campurkan segelas air dan rebuskan ayam sampai masak. Angkat ayam yg dah masak dan dibasuh supaya halia tidak melekat pd ayam. Kemudian ayam digoreng.
2. Air lebihan dr rebusan ayam ditapiskan dan dijadikan kicap ayam.
3.Potong ayam dan hidanglah dgn hirisan timun, tomato salad dan kicap ayam tadi dicurahkan ke atas ayam.

NASI AYAM EM ZEK

BAHAN-BAHAN

3 cawan beras direndam sampai putih
1 ulas bawang putih dihirs
2 cm halia dihiris
Air rebusan ayam
3 sudu besar mentega utk menumis

CARA-CARA

1. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia sehingga kuning. Masukkan beras, tumis beras sampai nampak kekuningan. Masukkan air rebusan ayam (anggaran air lenih kurang 1/2 inci dr paras beras) Masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia masak.

SAMBAL

BAHAN-BAHAN

5 biji cili besar merah
5-10 biji cili padi
Sos tomato
Limau nipis
Sedikit air, garam, gula dan bahan perasa.
Cara membuat sambal cili Blend kesemua bhn dan jadilah sambal cili Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam dan sambal cili.

MEE KARI EM ZEK

BAHAN-BAHAN:

350 g (5 cawan) mi kuning - dicelur dan ditoskan
200 g isi kerang
150 g isi udang
250 g dada ayam - dipotong kecil
600 g (6 pokok) sawi dipotong kecil dan dicelur
200 g taugeh - dicelur
200 g (2 keping) tauhu - dibakar dan dipotong dadu
500 ml (2 1/2 cawan) santan cair -diperah drp 1/4 biji
kelapa parut diambil santan
650 ml (3 1/4 cawan) air
30 g (3 ulas) bawang merah }
10 g (2 ulas) bawang putih } ditumbuk lumat
20 g (2 cm) halia }
40 g (4 sudu makan) rempah kari dijadikan pes
3 sm kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
300 g (2 biji) tomato
5 g (2 kpg) asam keping
10 g (3 tangkai) daun kari
15 g (3 tangkai) daun ketumbar - dihiris
20 g (2 sudu makan) minyak sayuran
3 g (1/2 sudu teh) garam

CARA CARA

1.Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang,pelaga,bawang merah,bawang putih dan halia sehingga kuning atas api rendah 2.Masukkan pes rempah kari dan daun kari. Tumis hingga harum
3.Masukkan ayam dan gaul dengan rata. Masukkan sedikit air. Tutup dan masak di atas api sederhana selama 5 minit
4. Masukkan udang dan kerang, asam keping, santan , air dan garam. Biarkan ia masak beberapa minit. Masukkan tomato kemudian tutupkan api . Untuk menghidangkannya, masukkan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah yang panas keatasnya.


KEK KUKUS BUAH-BUAHAN EM ZEK

BAHAN BAHAN

5 biji telur ayam
1 tin mentega ( 12 aun )
2 cawan gula halus 2 cawan gula ( untuk di masak )
2 sudu teh cream of tarter
2 sudu makan bicarbonate of soda
800 g tepung gandum
1 kotak mix fruit ( di gaul sedikit dengan tepung gandum )
1 paket buah kundur
1 paket kismis
1 sudu the esen vanilla

CARA CARA

1.Campurkan adunan telur dan adunan mentega ,kacau rata.
2.Masukkan tepung,cream of tartar,bicarbonate of soda dan esen vanilla.
3.Kacau rata, masukkan buah-buahan.
4.Masukkan gula sambil dikacau perlahan-lahan di atas api kecil sehingga warnanya kuning dan mendidih sedikit. Kemudian dituang terus kedalam adunan tadi dan kacau rata-rata. Tuangkan adunan kedalam acuan dan kukuslah selama 4 jam.

TART NENAS EM ZEK

BAHAN-BAHAN

250 gm mentega
500 gm tepung gandum
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur
1 cawan jem nanas
Sedikit garam

CARA CARA
(Jem nenas)

1. Kupas 1 biji nenas dan parut. Tapis untuk buang airnya.Kemudian masakan dengan 3 cawan gula sehingga pekat.

(Tart)

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan 1 biji telur kuning dan pukul bersama garam
2 . Masukkan tepung gandum dan gaulkan hingga sebati
3. Tekan adunan selebar 2 1 /2 cm dan masukkan jem dan gulungkan . pukul 1 biji lagi kuning telu dan sapukan di atas setiap biji tart. Bakar sehingga kekuningan

NASI DAGING EM ZEK

BAHAN-BAHAN

1 kg beras basmathi--basuh dan toskan
1 kg daging--dipotong kecil
1 bungkus sup bunjut
1 sudu makan rempah kurma dicampurkan sedikit air
2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia diketuk
Sedikit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa

(Sup)
1 liter air
2 biji tomato
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 bungkus sup bunjut 2 cm halia
garam

(Air asam)
2 biji cili merah dihiris nipis
10 biji cili padi dihiris
2 biji bawang besar dipotong dadu
Secawan air asam jawa
3 biji cili besar ditumbuk dengan sedikit belacan dan garam.

CARA CARA

1. Rebus daging dlm air yg banyak sehingga lembut. Masukkan garam secukup rase dan masaklah sehingga daging empuk. Asingkan daging sementara air rebusan dibahagi 2 untuk sup dan nasi.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis sampai wangi. Masukkan rempah kurma. Goreng sehingga hilang bau rempah.
3. Masukkan air rebusan daging sama banyak dgn sukatan beras. Masukkan halia dan sebungkus sup bunjut. Didihkan.
4.Masukkan beras ,daging rebus dan biarkan sehingga masak.
5 Bagi sup pula, masukkan semua bahan sup ke dlm lebihan air rebusan daging dan dididihkan.
6.Cara membuat air asam, campurkan semua bahan di atas. Gaulkan sehingga sebati.

LAMPUNG SILA EM ZEK

600g peparu
250ml minyak kacang
4 batang lada merah, dibelah dua
4 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat
4 biji tomato, dihiris bulat-bulat
3 ulas bawang putih, dihiris halus
300g kentang, dipotong bulat-bulat setebal 1 cm
1 tin kecil tomato puri
1 biji limau nipis, dipotong enam
1 sudu teh lada putih serbuk
63ml kicap
500ml air sejuk
garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN (a) (Digiling)
1 sudu makan ketumbar serbuk
1 1/2 sudu makan jintan manis serbuk

CARA-CARA
1. Bersihkan peparu dan rebus kira-kira 1/2 jam. Apabila masak potong nipis-nipis dan gaul dengan sedikit garam, lalu digoreng lembap
2. Kentang, bawang besar, lada merah dan tomato digoreng lembap berasingan.
3. Panaskan minyak anggaran 3 sudu makan, tumiskan bawang putih dan halia, bila sudah layu masukkan pula bahan-bahan (a). Gorenglah hingga berbau wangi. Campukan tomato puri, kicap dan lada putih. Gaul rata-rata sambil dicampur air sejuk. Rasalah garamnya. Masaklah kuah ini hingga mendidih.

CARA MENGHIDANG
Atur peparu, kentang, bawang besar dan tomato yang digoreng tadi di dalam pinggan, kemudian siramkan kuah yang dimasak tadi. Hiaskan dengan potongan limau nipis, untuk diperah apabila hendak dimakan hidangan ini.

PUDING PELANGI EM ZEK

BAHAN-BAHAN (a)
20 agar-agar - direndam semalam
8 cawan air
2 cawan gula pasir
1/2 tin susu cair (1 cawan)
5 biji kuning telur
3 biji putih telur - dipukul 3 minit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

BAHAN-BAHAN (b)
1 sudu kecil coklat }
1/2 sudu kecil esen kopi } dicampurkan
1 sudu kecil esen strawberi dan pewarna ros

CARA CARA

1. Rebus agar-agar hingga hancur. Masukkan gula dan biarkan larut kemudian ditapis.
2. Pukul kuning telur, tepung jagung, kastard, susu,garam dan vanilla,
3. Masukkan ke dalam agar-agar. Campurkan mentega dan tutup api. Masukkan putih telur dan kacau hingga hancur dan sebati
4. Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian dibiarkan dengan warna asal. Ambil satu senduk adunan puding untuk diwarnakan dengan coklat dan esen kopi. Satu senduk lagi adunan agar-agar diwarnakan strawberi dan pewarna ros.Tuangkan ke dalam acuan selang selikan antara ketiga-tiga warna.
5. Tuangkan yang pertama dengan warna coklat, diikuti warna merah ros dan warna asal hingga ketiga-tiga warna habis. Biarkan beku sebelum dihidangkan.