![]() |
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|||||||||||
| kembali ke menu utama | |||||||||||
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH |
|||||||||||
Pada
tahun 1969, SMKTB dimulakan dengan rasminya. Ketika itu Cuma
terdapat
tiga buah blok. Sebelum tahun 1969, murid-murid
dan guru-guru menumpang di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah
Rendah Temelok dan Sekolah Menengah Rendah Sungai Kerang. Tugas
pentadbiran
sekolah, masing-masing dikendalikan oleh seorang pengetua. Sekarang,
kedua-dua buah sekolah itu dinamakan SRJK(C) Temelok dan SRJK(C)
Sg.
Kerang. Pada masa itu, ramai penduduk sekitar kawasan Trong seperti
Kampung Temelok, Kampung Padang Gajah, Kampung Sg. Tinggi dan
Trong
ingin sekolah dibina di kampung mereka. Penduduk kampung Sg. Rotan
juga mahukan tapak sekolah menengah dibina di Padang Gajah kerana
ini akan
memudahkan anak-anak mereka bersekolah. Oleh itu, Tuan Hj. Saad Bin
Hj. Ahmad, PJK (salah seorang pengerusi AJK Lembaga Tadbir sekolah)
ingin mendermakan tanahnya di Padang Gajah untuk tujuan tersebut.
Beliau
telah pergi ke Pejabat Pelajaran di Ipoh dan merayu agar sekolah itu
dibina di Padang Gajah tetapi hasrat beliau tidak tercapai. Tambahan
pula, penduduk di persekitaran Trong menentang cadangan lokasi
tersebut
kerana kedudukannya yang agak jauh.
|
|||||||||||
Pada
tahun 1969, seorang dermawan iaitu En. Ng Shye Kiat yang memahami keperluan
penduduk sekitar kawasan Trong dengan murah hati telah mendermakan tanah
miliknya di Sg. Nyior untuk tujuan pembinaan sekolah. Oleh kerana kawasan
ini strategik, pembinaan sekolah di sini dipersetujui oleh penduduk
tempatan. Akhirnya tersergam indah bangunan sekolah ini di Sg. Nyior.
Sekolah ini dinamakan sempena nama mendiang En. Yeoh Tat Beng, wakil
rakyat kawasan Bruas ketika itu. Bangunan sekolah ini mula beroperasi
dengan nama Sekolah Menengah Tat Beng. |
|||||||||||
|
XXXX Pada
tahun 1983, buat kali pertamanya pelajar SM Tat Beng menduduki peperiksaan
SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Keputusan peperiksaan tersebut agak
membanggakan dengan pencapaian sebenar 52.1%. Pencapaian ini dikira
sesuatu yang membanggakan memandangkan keadaan teknikal sekolah yang
serba kekurangan mampu membuahkan hasil sebegitu. Pelajar yang berjaya
dalam SPM menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Doktor
Burhanuddin dan Sekolah Menengah King Edwards VII. Terdapat juga pelajar-pelajar
ke pusat pengajian tinggi contohnya ITM, UTM, dan lain-lain lagi. | |||||||||||