|
|
Bercintalah
dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji,
Berkahwinlah dengan peperiksaan, dan
berbulan madulah dengan kejayaan.
Bagaimana
mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri-ciri pelajar cemerlang?
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan.
Bertindaklah dengan cemerlang.
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak
berdisiplin sepanjang hayat.
Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana
mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita
lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan / praktikkan.
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi
ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya
ingatan yang luar biasa.
Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling
kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu
menyelesaikannya.
Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk
diserlahkan.
Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi
luar biasa.
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda
akan cemerlang.
Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah
+ Berterusan berubah secara positif.
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.
Oleh itu, dengan usaha yang gigih dan keberkatan, Insyaallah kita semua
akan berjaya. To all PMR and SPM candidate, hopefully we all success
and grab all A's..Good Luck!....
|
|

Area
- 329,759 sq km / 127,287 sq ml
Capital
- Kuala Lumpur
Language
- Malay, Chinese, Tamil and English.
Currency
- Ringgit
Population
- Around 23,092,940
Religions
- Muslims, Buddhist, Hindus
Physical
features - 75% tropical jungle, central mountain range, swamps in the
east
Imports
- machinery and transport equipment, chemicals, foodstuffs, crude petroleum,
consumer goods
Exports
- palm oil, rubber, timber, tin, textiles, electronic goods
..::
Want to know more about others country flags? Hit this url http://world-flags.info/
|
|
|
|
|
TEKNIK
BELAJAR SECARA BERKESAN - Teknik
belajar yang berkesan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teknik
belajar di sekolah dan teknik belajar di rumah. Pertama,
teknik belajar di sekolah. Terdapat beberapa
cara belajar yang efektif di sekolah. Pertamanya, memberikan tumpuan
yang sepenuhnya ketika guru mengajar. Keduanya, bertanya jika tidak
faham atau ingin mengetahui sesuatu secara lebih mendalam.
Ketiganya, memanfaatkan waktu yang terluang di sekolah dengan mengulang
kaji atau membaca. Keempatnya, mencari kesempatan untuk menyiapkan kerja
rumah di sekolah. Kelimanya, memanfaatkan
pusat sumber sekolah dengan sebaik mungkin. Selain itu, pelajar juga
boleh mengaktifkan diri dalam kokurikulum tetapi dalam masa yang sama
pelajar perlu lebih mengutamakan akademik. Seterusnya,
teknik belajar di rumah. Terdapat lima
kaedah belajar dengan efektif di sekolah. Pertamanya, cari tempat yang
selesa dan sesuai. Keduanya, pelajar boleh membina jadual belajar sendiri
secara sistematik. Ketiganya, mengikuti
kelas tambahan. Keempatnya, memberikan tumpuan yang lebih kepada subjek
yang lemah. Kelimanya, jangan membazirkan masa yang ada sebaliknya anda
harus melakukan sesuatu yang berfaedah. Selain itu, lakukanlah sesuatu
yang lebih menarik bagi menangani subjek yang membosankan. Berdasarkan
teknik-teknik belajar tadi, dapatlah disimpulkan bahawa cara pengurusan
masa yang berkesan dan usaha yang gitu dapat memberikan impak yang positif
untuk berjaya dalam pelajaran. Tak mustahil kejayaan itu milik anda!
Bahan
dihasilkan oleh Nur
Ayanti Mohd Sharif (303/2008)
Makan
mengikut pelangi -
Sebenarnya
kita boleh mendapatkan makanan berwarna-warni ini daripada pelbagai
jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.Makan mengikut pelangi ini sebenarnya
agak menarik.Ia mempunyai pelbagai jenis vitamin,mineral,serat dan bahan
fitokimia (kimia daripada tumbuhan) yang diperlukan oleh badan untuk
membekalkan tenaga dan mengekalkan kesihatan badan. Berikut adalah beberapa
contoh makanan yang boleh diambil mengikut warna pelangi.
Ungu/Biru
- makanan ini membantu menguatkan ingatan, penuaan
secara sihat dan untuk kesihatan usus. Contohnya
seperti anggur hitam, kismis, kubis ungu, terung, keledek ungu, buah
beri hitam, bluberi dan lain-lain. Hijau -
membantu kesihatan mata, tulang dan gigi. Contohnya
seperti buah epal hijau, anggur hijau, kubis hijau, mentimun, sayuran
berdaun hijau seperti sawi, bende, kacang buncis, bayam, lik, brokoli
dan lain-lain . Putih
dan coklat - untuk
kesihatan jantung dan paras kolestrol. Contohnya pisang, kurma, bunga
kubis, bawang putih, halia, cendawan, bawang, kentang dan jagung.
Kuning dan
oren - untuk kesihatan mata,
meningkatakan kesihatan imun. Contohnya seperti buah limau, mangga,
tembikai kuning, nanas, jagung, keledek, labu, betik, karot, dan lain-lain.
Merah - meningkatkan
daya ingatan, kesihatan usus, dan jantung. Contohnya buah ceri, anggur,
delima, strawberi, tembikai, bawang merah, tomato, rasberi, lada benggala
merah dan lain-lain.
Bahan
dihasilkan oleh Masnoor Wardani Binti Maswira
(303/2008)
Kucing
-
Sebenarnya
kucing ialah seekor binatang yang kuat tidur. Kucing mampu tidur selama
12 hingga 16 jam sehari. Malah ada juga yang boleh tidur hingga 20 jam
sehari! Untuk pengetahuan rakan-rakan, ketika kucing marah, telinganya
akan ke belakang diikuti dengan bunyi mengeram dan mendesis. Telinga
kucing juga akan menjadi lebih sensitif terhadap sebarang objek yang
bergerak atau pun cuba menghampirinya. Selain itu, kukunya yang tajam
sebenarnya memudahkannya sewaktu berjalan di atas permukaan yang licin.
Kepada mereka yang meminati kucing ataupun membelanya, anda perlu berhati-hati
dan rapi dalam penjagaannya. Sebagai info tambahan, kadangkala gigitan
kucing boleh mengakibatkan penyakit!Jadi, berhati-hati.
Bahan
dihasilkan oleh Masnoor
Wardani Binti Maswira (303/2008)
Belajar
Efektif di Sekolah
-
Sekolah merupakan sebuah institusi kepada pelajar untuk
menimba ilmu. Sekolah bukanlah tempat untuk kita berangan-angan, membuang
masa, melepak, berbual kosong dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
Para pelajar harus memahami konsep sebenar kita ke sekolah.Tujuan
utama kita ke sekolah adalah untuk menimba ilmu. Pelajar yang menjadikan
sekolah sebagai lokasi untuk berhibur nyata sekali tidak mempunyai wawasan
dalam hidup. Sebagai pelajar kita mempunyai keutamaan. Pelajar MESTI
menjadikan sekolah sebagai
lokasi untuk menimba ilmu. Sekolah merupakan
gedung ilmu. Pelajar yang ikhlas ingin menuntut ilmu pasti akan berjaya.
Di sekolah terdapat pelbagai fasiliti yang dapat membantu para pelajar
meningkatkan penguasaan ilmu. Salah satunya penggunaan Pusat Sumber.
Pusat Sumber bukanlah lokasi yang diadakan kepada
para pelajar untuk melepak, sebaliknya pusat sumber berfungsi untuk
menyalurkan bantuan kepada para pelajar melalui bahan-bahan ilmiah yang
terdapat di situ. Sebagai pelajar kita harus tahu apa matlamat sebenar
kita ke sekolah. Pelajar harus bersedia
untuk belajar dan diajar. Guru dapat dijadikan bantuan untuk kita menanyakan
sesuatu yang tidak difahami. Oleh itu, janganlah kita segan untuk bertanya
kepada mereka. Bak kata pepatah 'Malu bertanya sesat jalan'.
Akhir kata, kepada mereka yang bakal menduduki
PMR dan SPM pada tahun 2008, selamat menempuh cabaran seterusnya. Jadikan
peperiksaan awal ini sebagai tiket kecemerlangan pada masa hadapan.
Sekian, wassalam.
Bahan
dihasilkan oleh Masnoor
Wardani Binti Maswira (303/2008)
|
|
|
|
|
|
|
| Bahan
dihasilkan oleh Masnoor Wardani Binti Maswira
(203-2007)
Kecemerlangan
Akademik merupakan idaman setiap manusia.
Kecemerlangan bukan sahaja milik satu-satu kaum, bangsa ataupun
penganut agama. Kecemerlangan mempunyai
konsep yang luas pengertiannya. Kecemerlangan adalah milik
setiap individu yang berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh.
Cara pengukuran kecemerlangan bergantung pula pada tahap pencapaian
yang berbeza antara satu sama lain.
Bagi
seorang pekerja, kaedah pengukuran kecemerlangan bergantung kepada
sejauh mana pencapaiannya melakukan satu-satu tugas. Bagi seorang
pelajar, kecemerlangan bermakna berjaya mencapai keputusan yang
baik di dalam bidang akademik ataupun menjuarai acara-acara tertentu
dalam sukan dan aktiviti-aktiviti lain.
Tips:
FAKTOR PENENTU KEJAYAAN-anda harus
mempunyai matlamat dan target
yang tetap serta jelas,bercita-cita,
bijak merancang, rakan
sebaya, tabiat dan cara
pembelajaran.
Kecemerlangan
Akademik menjadi impian pelajar. Mereka mahukan kecemerlangan
dalam ilmu yang mereka pelajari di sekolah kerana
sebarang keputusan yang mereka bakal perolehi merupakan penentu
haluan hidup mereka. Pertama sekali sebagai seorang
pelajar anda harus tahu apakah tanggungjawab
anda sebagai seorang individu yang menginginkan kecemerlangan
di dalam akademik. Kejayaan tidak akan datang
begitu sahaja. Sikap malas harus
dilemparkan dari terus membelenggu
diri, dan sebaliknya semaikan sikap rajin untuk berjaya.
Harapan ibu bapa menghantar kita ke sekolah adalah untuk
memberikan kebaikan. Ilmu yang bakal diperoleh
adalah kunci untuk kejayaan.
Marilah
kita sama-sama berperang di dalam arus globalisasi ini untuk menjadi
yang terbaik di antara yang terbaik. Anda renungkanlah sejenak
dan berfikir siapa yang patut berubah. Semestinya
diri sendiri merupakan faktor terbesar untuk meraih kecemerlangan.
|
|
| |
|
Bahan
dihasilkan oleh Dalia Khalida Abd Razak
(202)
BUYUNG!
Adanya
dulu raja dan permaisuri, Pusing memikir Puteri Bunga Tanjung,
Wajahnya cantik penuh berseri, Tapi entah mengapa asyik bermurung.
Di suatu sore berhimpunlah mereka, Nujum
dan tukang cerita sudah dipanggil, Tiada seorang dapat meneka,
Andaian dibuat mengidap penyakit yang ganjil. Muncullah
seorang nujum yang peka, Dapat meneka penyakit puteri, Tiada
berbapa tiada berhata, Tinggal di kampung hujung negeri. Disuruh
pengawal mencari pemuda, Dapatnya dia dibawa mengadap, Pemuda
itu tiada terkata, Memberi sembah penuh beradab. Bendahara
dan laksamana berbisik-bisik, Layakkah dia bersama tuan puteri,
Hati raja berasa terusik, Dapatkan dia mengubati puteri. Duduk
Ujang memulakan cerita, Minda diguna sepenuh-penuhnya. Ujang
nama tajuk cerita, Tiada ibu tida berbapa.
Ujang diambil untuk pelayaran, Belayarlah mereka penuh semangat,
Tapi Ujang tidaklah tahan, Akhirnya pulau tempat mendarat. Ujang
diberi benih tembikai, Ditanam di pulau berseorangan, Akhirnya
berbuah berjuntai-juntai, Ramai pelayar memberi barangan. Akhirnya
tembikai menjadi busuk, Akibat banyak tidak terkawal, Tiadalah
orang datang ke situ, Penatnya Ujang penuh kesal. Buah
tembikai dijadikan perahu, Daunnya dibuat kain pelayaran, Apa
dah jadi hendaklah tahu, Puteri bertanya penuh perhatian. Ikan
di laut mengambil peluang, Puteri bertanya besarkah ikan, Ikan
rupanya ikan seluang, Ketawa puteri jadi perhatian. Raja
Alam Syah mengotakan janji, Puteri berkahwin dengan Buyung,
Akhirnya menjadi pemerintah negeri, Negeri aman rakyat menyanjung.
|
|
|
|
| Bahan
dihasilkan oleh Zuraida Binti Sahari (203)
HOOREY!
cuti
sekolah sudah bermula. Amboi.... Seronok nampak? Sudah tak sabar
hendak bercuti panjanglah tu...Lepaslah sudah bowink dan penat
lelah waktu cuti ni...Tapi awas! cuti, cuti juga masa jangan dibiarkan
berlalu begitu sahaja..
Macam
biasalah lepas cuti pertengahan semester bakal menjelma cuti untuk
akhir semester...Ala untuk bulan November ni dan akan berakhir
pada awal tahun hadapan...takkan tak ingat kot...Lama tu, seronoknya!
Jadi apa rancangan korang waktu cuti nanti? Belum terfikir lagi?
Tidak mengapa... Masih ada masa untuk korang buat sedemikian.
Jangan
pula nanti waktu cuti panjang tu korang biarkan berlalu begitu
sahaja. Isilah dengan perkara-perkara yang berfaedah. Apa? Nak
berehat panjang? Tak salah kalau nak buat macam tu. Ini kerana
cutipanjang dibuat adalah untuk memberi peluang kepada korang
untuk rehat setelah penat belajar di sekolah.. Selain menikmati
aktiviti yang korang gemari,tapi jangan lupa itu cuma sementara
sahaja.
Bosan
gak kalau korang cuma terfikir untuk berehat semata-mata..Tak
keluarkan sebarang modal atau hasil pun.. Apa kata kalau waktu
cuti kita ulangkaji pelajaran..Terutamanya untuk yang bakal menghadapi
peperiksaan besar macam PMR dengan SPM..Persediaan awal untuk
menghadapi ini perlu dilakukan sejak awal lagi supaya tidak kelam
kabut menghadapi permulaan sekolah. Pesanan ini bukan untuk mereka
yang mengambil peperiksaan namun juga ditujukan kepada semua individu
yang bergelar pelajar..Sekian. |
|
|
|
|
|