TINTA PENGETUA SMK TAT BENG SG NYIOR

Medan perjuangan bersenjatakan pena mensasarkan maklumat berinformasi berteraskan pendidikan

     
         

Assalamua'laikum whw, salam sejahtera, salam perpaduan.

Selamat Menyambut kedatangan Tahun 2008. Semoga SMKTB terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Melalui Tinta Pengetua kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua warga SMK Tat Beng yang telah bertungkus lumus menghadiahkan kejayaan di peringkat kurikulum dan kokurikulum. Laman web ini juga diharap akan terus menjadi penyampai maklumat dan pencetus perkembangan ilmu selaras dengan kemajuan ICT.

   
 
g yBersyukur kepada Allah, kita kembali berkumpul untuk menjalankan amanah seterusnya pada tahun 2008. Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan meningkatkan kualiti kerja dengan penuh ikhlas, jujur, dedikasi dan bertanggungjawab demi memenuhi harapan pelanggan dan wawasan pendidikan di SMKTB.
g ySebagai institusi pendidikan yang menjulang ilmu, kita wajar lebih berdedikasi bersesuaian dengan aspirasi negara masa kini. Menjunjung amanah dalam pembentukan modal insan memerlukan komitmen dan iltizam yang tinggi. Untuk merealisasikan amanah ini, tugas guru sangat penting untuk menentukan kejayaan dan keberkesanan sekolah . Guru mempunyai kemahiran dan kepakaran, gurulah berhadapan dengan pelajar dalam apa jua aktiviti pendidikan. Sehubungan dengan itu , menjadi tanggungawab bersama untuk membentuk insan terbaik yang memiliki intelektual bersyahadah, sahsiah berakidah, dan ketrampilan lahiriah.
g yPelbagai program yang dianjurkan di sekolah wajar mendapat perhatian semua pihak. Agenda dan tugas kita semakin mencabar. Masyarakat dan negara menaruh harapan yang sangat tinggi kepada kita. Kita perlu bangkit dari zon selesa dan berusaha untuk melakar perubahan dan seterusnya meningkatkan produktiviti dalam organisasi. Kita mesti berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam PMR dan SPM tahun 2008. Ditangan kitalah terletaknya masa depan anak-anak bangsa kita.

g y Oleh itu, saya menyeru semua guru berusaha membuat sentuhan-sentuhan hebat dalam usaha untuk mewarnakan generasi kearah kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum. Hakikatnya, semoga permuafakatan ini adalah kelangsungan warisan ambiya untuk memenuhi mandat kita sebagai khalifah. Kita seharusnya menguatkan tekad untuk mengukuhkan tradisi kecemerlangan yang bertunjangkan budaya dan berbuahkan intelektual. Sesungguhnya tradisi kecemerlangan ini sudah tersurat dalam liputan sejarah sebagai warisan tamadun yang akan berulang .

Sekian terima kasih.